Monday 23 November 2015

Projek Jualan Roti,Popcorn dan Buah Potong PPKI SMK Suria Perdana








PPKI SMK Suria Perdana mengorak langkah dengan menghasilkan roti sosej pintal,menghasilkan popcorn dan menjual buah potong.PPKI SMK Suria Perdana menjual hasil produk ini kepada Tunas Bestari sekolah untuk dipasarkan kepada warga sekolah.
Jualan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Program di bawah seliaan Pn. Siti Aminah ini diharap dapat diteruskan dan berjaya.
Program seperti ini member peluang kepada para pelajar Uranus 2 yang terlibat agar dapat meningkatkan lagi kemahiran yang telah mereka pelajari.
Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amatlah kami hargai.


Sunday 22 November 2015

Majlis Perpisahan Pn. Siti Fathimah Bte Bakhtiar

Pn. Siti Fathimah Bte Bakhtiar telah diarahkan berpindah ke SMK Seri Gading berkuatkuasa pada 1 Ogos 2015.Atas beberapa sebab beliau telah berpindah ke SMK Seri Gading pada 24 Ogos 2015.

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Suria Perdana telah mengadakan satu majlis jamuan perpisahan bersama Pn. Siti Fathimah pada hari khamis  ( 27 Ogos 2015).

Pelajar PPKI SMK Suria Perdana bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk meraikan bekas guru mereka.


Antara menu yang disediakan ialah nasi lemak, kuih muih, buah-buahan, minuman dan 2 jenis kek sempena Hari Jadi guru-guru pendidikan khas beserta pelajarnya yang menyambut pada bulan tersebut.

Friday 11 September 2015

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015





Sambutan hari kemerdekaan adalah sambutan yang diadakan diseluruh Malaysia bagi mengingati Malaysia mengecap kemerdekaan.Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Suria Perdana juga tidak ketinggalan dalam menyambut bulan yang penuh  bermakna ini sejajar dengan objektif utama yang ingin diterapkan pada pelajar PPKI iaitu mengingati tarikh 31 Ogos iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia. Aktiviti sambutan hari merdeka ini bermula 24 Ogos hingga 01 September 2014. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandinagn mewarna sempena bulan kemerdekaan,pelajar turut menghias kelas mereka dengan bendera Malaysia.



Projek Menjahit Penanda Buku Dari Kain Felt



Program ini dimulakan sebagai langkah awal untuk memberi pendedahan asas menjahit kepada pelajar PPKI SMK Suria Perdana.Tumpuan lebih diberikan kepada pelajar kelas Uranus 1.Pelajar terbabit ialah Mohd Eizlan Bin Khalid,Lau Hui Qin dan Lim Thiam Huei.
   Latihan ini bertujuan untuk member latihan motor halus,mortor kasar dan pengamatan dan focus kepada pelajat yang berkefungsian rendah.
  Sangat membanggakan apabila pelajar pelajar ini mampu nmenjahit sendiri kraf penanda buku berbentuk kucing dari kain felt dengan bantuan dan seliaan guru PPKI SMK Suria Perdana.Hasil jahitan pelajar ini akan cuba dipasarkan kepada pelajar dan warga sekolah ini.





PROGRAM ZIARAH AIDILFITRI PPKI SMK SUPER 2015

Pada  3 dan 4 Ogos yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Suria Perdana telah mengadakan Program Marhaban ke rumah para pelajar Pendidikan Khas SMK Suria Perdana.
Program marhaban ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara ibubapa pelajar dengan guru-guru dan pembantu pengurusan murid Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Suria Perdana. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk membina suasana kemesraan dan hubungan erat antara guru, pelajar dan ibubapa, memberi pendedahan  kepada pelajar tentang kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa penjaga.
















PROJEK SAMPUL DUIT RAYA PPKI SUPER

Sepanjang bulan Ramadan, PPKI SUPER telah mengadakan aktiviti 'Projek Sampul Duit Raya' untuk diadakan jualan kepada seluruh warga sekolah. Tujuan projek ini diadakan bagi mengcungkil bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar pendidikan khas ini. Selain itu,dapat memupuk semangat bekerjasama antara guru dan pelajar. Pelajar-pelajar ini berasa seronok dan teruja kerana ini merupakan kali pertama projek sampul duit raya dijalankan. 

Projek ini telah mendapat sokongan dari warga sekolah kerana telah membeli sampul duit raya sempena Hari Raya yang akan menjelma. Diharapkan aktiviti ini dapat dijalankan di tahun-tahun mendatang.








Pertandingan Mewarna Sempena Hari Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat 2015

Buat kesekian kalinya pelajar Pendidikan Khas SMK Suria Perdana telah menyertai pertandingan mewarna yang telah dianjurkan oleh PPD Batu Pahat  bersemena dengan Minggu Pendidikan Khas Daerah yang berlangsung selama dua hari di SMK Dato Sulaiman.

Ini merupakan aktitviti kali pertama yang disertai oleh pelajar pendidikan khas SMK Suria Perdana sejak mereka berpindah masuk ke sekolah ini.Seramai dua orang pelajar telah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.Masing –masing ialah Mohd Fathurrahin Bin Husain dan Mohd Hafiz Bin Salim.











Sunday 12 July 2015

HARI ORIENTASI PPKI SMK SUPER

Pada 5 Mei 2015, seramai 4 orang murid-murid pendidikan khas telah mendaftar diri bersama ibubapa masing-masing. Kebanyakan murid-murid yang telah dipindahkan ke sekolah ini adalah murid yang tinggal di kawasan berhampiran iaitu kawasan Ayer Hitam, Parit Semarang. Kehadiran ibubapa bersama anak mereka telah hadir pada jam 8.00 pagi. Mereka telah diberi taklimat dan penerangan yang jelas mengenai program pendidikan khas ini kerana PPKI SMK SUPER baru sahaja ditubuhkan dan ibubapa perlu mengetahui penerangan yang khusus. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Safiah Sudin selaku penyelaras program. Banyak input-input dan informasi yang telah diberikan kepada ibubapa seperti peraturan-peraturan sekolah, maklumat mengenai program pendidikan khas.
       Selesai taklimat diberikan kepada ibubapa dan murid-murid, mereka telah dijamukan dengan hidangan yang telah disediakan oleh guru-guru dan ppm. Pada pukul 10.00 pagi, murid-murid ini telah di bawa menjelajah kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk mengenali kawasan sekolah dan memberi keyakinan diri kepada diri murid tersebut.


SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK SURIA PERDANA 2015

Pada awal pembukaan kelas PPKI SMK Suria Perdana (PPKI SMK SUPER), tarikh penubuhan kelas PPKI SUPER adalah 29 Mac 2015. Pada awalnya, hanya 3 orang guru dan 1 pembantu pengurusan murid ditempatkan kerana dijangka murid yang akan dipindahkan ke PPKI SMK SUPER adalah seramai 18 orang. Guru-guru Pendidikan Khas yang terdiri Cik Safiah Bt Sudin selaku penyelaras, Pn.Siti Aminah Bt Hj Kasim dan Pn.Siti Fathimah Bt Bahtiar dibantu dengan 1 pembantu pengurusan murid iaitu Pn.Siti Fatimah Bt Samiun.      Di awal pembukaan kelas PPKI hanya guru sahaja yang ditempatkan untuk menjalankan proses mengemas dan mengemaskini sistem fail,proses menyusun segala kelengakapan perabot serta pembahagiaan kelas serta menjalankan aktivti mencantikkan dan menceriakan kelas untuk murid-murid pendidikan khas.     Pada tarikh 5 Mei 2015, seramai 4 orang murid yang telah mendaftarkan diri dengan kehadiran ibubapa masing-masing. Murid-murid tersebut adalah Nurin Syafiqah bt Mahazan, Nurhalimie B.Zamberi, Muhd Fathurrahim B.Husin dan Neo Soon Peng. Kemudian ditambah dengan bilangan pelajar secara berperingkat sehingga 12 orang dipenghujung Mei mengikut tarih yang berbeza kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.     Bilangan kelas yang terdapat di PPKI telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Bilik Dokumentasi, Bilik-bilik kelas iaitu terdiri 2 kelas dengan nama kelas Uranus 1 dan Uranus 2, Bilik Masakan, Bilik Utiliti dan Tandas OKU.