Pada 3 dan 4 Ogos yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Suria Perdana telah mengadakan Program Marhaban ke rumah para pelajar Pendidikan Khas SMK Suria Perdana.
Program marhaban ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara ibubapa pelajar dengan guru-guru dan pembantu pengurusan murid Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Suria Perdana. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk membina suasana kemesraan dan hubungan erat antara guru, pelajar dan ibubapa, memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa penjaga.
No comments:
Post a Comment