SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK SURIA PERDANA 2015
Pada awal pembukaan kelas PPKI SMK Suria Perdana (PPKI SMK SUPER), tarikh penubuhan kelas PPKI SUPER adalah 29 Mac 2015. Pada awalnya, hanya 3 orang guru dan 1 pembantu pengurusan murid ditempatkan kerana dijangka murid yang akan dipindahkan ke PPKI SMK SUPER adalah seramai 18 orang. Guru-guru Pendidikan Khas yang terdiri Cik Safiah Bt Sudin selaku penyelaras, Pn.Siti Aminah Bt Hj Kasim dan Pn.Siti Fathimah Bt Bahtiar dibantu dengan 1 pembantu pengurusan murid iaitu Pn.Siti Fatimah Bt Samiun. Di awal pembukaan kelas PPKI hanya guru sahaja yang ditempatkan untuk menjalankan proses mengemas dan mengemaskini sistem fail,proses menyusun segala kelengakapan perabot serta pembahagiaan kelas serta menjalankan aktivti mencantikkan dan menceriakan kelas untuk murid-murid pendidikan khas. Pada tarikh 5 Mei 2015, seramai 4 orang murid yang telah mendaftarkan diri dengan kehadiran ibubapa masing-masing. Murid-murid tersebut adalah Nurin Syafiqah bt Mahazan, Nurhalimie B.Zamberi, Muhd Fathurrahim B.Husin dan Neo Soon Peng. Kemudian ditambah dengan bilangan pelajar secara berperingkat sehingga 12 orang dipenghujung Mei mengikut tarih yang berbeza kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Bilangan kelas yang terdapat di PPKI telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Bilik Dokumentasi, Bilik-bilik kelas iaitu terdiri 2 kelas dengan nama kelas Uranus 1 dan Uranus 2, Bilik Masakan, Bilik Utiliti dan Tandas OKU.
No comments:
Post a Comment