Sunday, 12 July 2015

HARI ORIENTASI PPKI SMK SUPER

Pada 5 Mei 2015, seramai 4 orang murid-murid pendidikan khas telah mendaftar diri bersama ibubapa masing-masing. Kebanyakan murid-murid yang telah dipindahkan ke sekolah ini adalah murid yang tinggal di kawasan berhampiran iaitu kawasan Ayer Hitam, Parit Semarang. Kehadiran ibubapa bersama anak mereka telah hadir pada jam 8.00 pagi. Mereka telah diberi taklimat dan penerangan yang jelas mengenai program pendidikan khas ini kerana PPKI SMK SUPER baru sahaja ditubuhkan dan ibubapa perlu mengetahui penerangan yang khusus. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Safiah Sudin selaku penyelaras program. Banyak input-input dan informasi yang telah diberikan kepada ibubapa seperti peraturan-peraturan sekolah, maklumat mengenai program pendidikan khas.
       Selesai taklimat diberikan kepada ibubapa dan murid-murid, mereka telah dijamukan dengan hidangan yang telah disediakan oleh guru-guru dan ppm. Pada pukul 10.00 pagi, murid-murid ini telah di bawa menjelajah kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk mengenali kawasan sekolah dan memberi keyakinan diri kepada diri murid tersebut.


SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK SURIA PERDANA 2015

Pada awal pembukaan kelas PPKI SMK Suria Perdana (PPKI SMK SUPER), tarikh penubuhan kelas PPKI SUPER adalah 29 Mac 2015. Pada awalnya, hanya 3 orang guru dan 1 pembantu pengurusan murid ditempatkan kerana dijangka murid yang akan dipindahkan ke PPKI SMK SUPER adalah seramai 18 orang. Guru-guru Pendidikan Khas yang terdiri Cik Safiah Bt Sudin selaku penyelaras, Pn.Siti Aminah Bt Hj Kasim dan Pn.Siti Fathimah Bt Bahtiar dibantu dengan 1 pembantu pengurusan murid iaitu Pn.Siti Fatimah Bt Samiun.      Di awal pembukaan kelas PPKI hanya guru sahaja yang ditempatkan untuk menjalankan proses mengemas dan mengemaskini sistem fail,proses menyusun segala kelengakapan perabot serta pembahagiaan kelas serta menjalankan aktivti mencantikkan dan menceriakan kelas untuk murid-murid pendidikan khas.     Pada tarikh 5 Mei 2015, seramai 4 orang murid yang telah mendaftarkan diri dengan kehadiran ibubapa masing-masing. Murid-murid tersebut adalah Nurin Syafiqah bt Mahazan, Nurhalimie B.Zamberi, Muhd Fathurrahim B.Husin dan Neo Soon Peng. Kemudian ditambah dengan bilangan pelajar secara berperingkat sehingga 12 orang dipenghujung Mei mengikut tarih yang berbeza kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.     Bilangan kelas yang terdapat di PPKI telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Bilik Dokumentasi, Bilik-bilik kelas iaitu terdiri 2 kelas dengan nama kelas Uranus 1 dan Uranus 2, Bilik Masakan, Bilik Utiliti dan Tandas OKU.