Tuesday, 19 April 2016

PERTANDINGAN BOLING PPKI SMK SURIA PERDANA








TERAPI RENANG

Pada 7 Oktober 2015,PPKI telah mengadakan satu program Terapi Renang kepada para pelajar pendidikan Khas. Aktiviti renang ini melibatkan sebahagian besar pergerakan otot atas dan bawah anggota badan. Selain itu, ia bagus untuk perkembangan murid untuk bersosial dengan masyarakat.Terapi renang ini dikhaskan untuk pelajar ini agar mereka mempunyai kemahiran asas dalam air dan berkeyakinan diri dalam menghadapi kehidupan seharian.




KURSUS PENDEK KE KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT






Pendidikan Luar Kursus Jangka Pendek ke Kolej Komuniti Batu Pahat telah diadakan pada 16 November 2015. Program ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari kursus-kursus kemahiran yang terdapat di Kolej Komuniti. Para pelajar dapat menimba ilmu bagaimana untuk membuat doh, pastri dan donut.Ini merupakan pengalaman yang berharga kepada murid merasainya sendiri. Kursus ini mengambil masa dari jam 8 pagi hingga 2 petang. 

Monday, 18 April 2016

Lawatan ke Minggu Pend.Khas SMK Datin Onn Jaafar

Pada 24 Ogos yang lalu PPKI SMK Suria Perdana telah menyertai jemputan ke Minggu Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh SMK Datin Onn Jaafar Batu Pahat..
Seramai 12 orang pelajar 2 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid turut serta dalam lawatan ini. Pelajar PPKI SMK Suria Perdana diberi peluang melihat sendiri bagaimana program pendidikan khas sekolah yang berlainan beroperasi dan menjalankan aktiviti mereka. Pelajar amat teruja kerana mereka diberi peluang untuk mencuba sendiri kemahiran membuat kraf dari riben yang sempat dipelajari di situ. Diharap dengan adanya lawtan singkat seperti ini dapat memberikan peluang kepada pelajar pendidikan khas di sekolah ini bersosial dan bergaul dengan lebih baik